Khamis, 8 November 2012


 PISANG MAMPU 
MENGHILANGKAN  STRESS 


Ada kalangan dari kita jarang ataupun tidak suka memakan buah  pisang secara mentah, tetapi paling digemari oleh rakyat Malaysia adalah pisang goreng. Terdapat beberapa jenis pisang yang terdapat di pasaran di seluruh dunia. Jenis yang biasa ditemui adalah pisang berwarna kuning. Jenis yang lain pula adalah seperti pisang merah iaitu pisang yang mempunyai kulit berwarna hijau merah dan buah berwarna merah jambu.

Rasanya amat manis seperti pisang kuning. Semakin merah buahnya, semakin banyak kandungan karotenanya. Malah ada yang berpendapat pisang merah ini lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan pisang kuning.

Pisang daripada jenis ‘apple’ adalah lebih kecil dan berukuran kira-kira 8 hingga 10 sentimeter. Buah jenis inilebih cepat matang dan ia berwarna kuning. Pisang daripada jenis ‘baby’ pula adalah jenis yang kecil dan berukuran kira-kira 6 hingga 8 sentimeter. Isinya berwarna kuning dan dikatakan jenis yang paling manis dalam keluarga pisang.
Selain daripada enak untuk dimakan, buah pisang juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan:-

Buah pisang yang berwarna kuning banyak dimakan oleh penggemar pisang. Ia adalah cantuman antara pokok pisang hijau dan merah daripada spesies Musa acuminate atau hibrid Musa x paradisiacal.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan bahawa pisang mempunyai khasiat dan kebaikan kepada kesihatan manusia. Pisang mengandungi gula sperti glukosa, fruktosa dan sukrosa. Kandunga serat yang terdapat di dalamnya juga telah menjadikan pisangn amat ideal sebagai sumber tenaga segera. Oleh sebab itulah, pisang sering menjadi pilihan para atlet untuk dimakan bagi menambahkan tenaga sewaktu menjalani latihan.

Buah pisang mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Ðengan memakan pisang dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Buah pisang juga amat tinggi kandungan unsur besi yang dikatakan mampu membantu fungsi haemoglobin tubuh. Mereka yang mengalami masalah anemia dikatakan boleh mengambil buah pisang untuk menambah unsur besi dalam tubuh.

Melegakan sembelit

Berikutan dengan kandungan serat yang terdapat di dalam buah pisang , ia dikatakan mampu membantu mengembalikan semula fungsi usus kepada keadaan normal. Pisang juga turut mengandungi kalium (potassium) yang tinggi serta pektin (serat mudah larut) yang dikatakan mampu membantu menormalkan pergerakan melalui saluran pencernaan. Mereka yang sering mengalami masalah sembelit boleh memakan pisang untuk memudahkan proses pencernaan.

Kajian yang telah diterbitkan dalam Arkib Ophthalmology telah membuktikan bahawa orang dewasa yang mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan buah sehari mampu mengurangkan risiko (kira-kira 36%) pembentukan kemerosotan makular berkaitan dengan usia (ARMÐ) yang juga merupakan penyebab kehilangan penglihatan pada orang dewasa.

Menguatkan tulang

Buah pisang juga kaya dengan sumber fruktooligosakarid, iaitu sejenis sebatian yang memberi khasiat bakteria probiotik dalam usus besar. Bakteria baik ini menghasilkan enzim yang meningkatkan kebolehan pencernaan dan melindungi diri daripada jangkitan bakteria tidak sihat. Bakteria probiotik ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap kalsium. Ini juga bermakna pisang berguna untuk menguatkan tulang manusia.

Mengurangkan risiko pembentukan penyakit

Satu kajian yang telah diterbitkan dalam International Journal of Cancer, telah menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, terutamanya pisang, setiap hari mampu melindungi kesihatan buah pinggang.

Wanita yang memakan buah pisang sebanyak empat hingga enam kali seminggu dikatakan mengurangkan risiko pembentukan penyakit jika dibandingkan dengan mereka yang tidak memakan buah ini. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran terutamanya pisang, kubis dan sayuran berubi mampu mengurangkan risiko kanser buah pinggang. Ini adalah disebabkan pisang dan kebanyakan sayuran berubi mengandungi sejumlah tinggi sebatian fenolik antioksidan.

Melegakan pedih ulu hati dan ‘morning sickness’

Pisang juga mempunyai kesan antiasid semulajadi kepada tubuh. Oleh itu, jika anda menderita masalah pedih ulu hati, cubalah memakan pisang untuk melegakannya. Bagi ibu hamil pula, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah ‘morning sickness’.

Buah pisang juga mampu membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ini adalah kerana ia mengandungi vitamin B6 dan B12, kalium dan magnesium yang mampu membantu tubuh sembuh daripada kesan penarikan nikotin.

Kemurungan 

Satu kajian oleh MIND kepada orang yang mengalami masalah kemurungan telah mendapati bahawa pisang telah membantu orang mengalami kemurungan mengurangkan tahap tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana, Pisang mengandungi sejenis protein yang digelar tryptophan. Trytophan ini akan ditukarkan oleh badan kepada serotonin yang mana unsur ini membuatkan tubuh badan kita menjadi lebih rileks dan meningkatkan mood seseorang. Ia membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan.


PMS
Masalah PMS adalah masalah orang perempuan yang moody ketika datangnya haid. Untuk mengurangkan masalah PMS ni, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menelan pil ubat saja. Selepas ini, anda tak perlu lagi makan pil/ubat yang mahal itu. Sebaliknya, amalkan makan pisang kerana Pisang mengandungi vitamin B6 yang mengawal paras glucose di dalam darah. Apabila paras glucose dalam darah terkawal dengan baik,ianya mengurangkan perasaan moody anda.

Anemia

Di dalam pisang terdapat kandungan zat besi atau iron yang tinggi. Iron ini akan merangsangkan pembentukan hemoglobin di dalam darah kita. Jadi, ianya membantu menangani masalah penyakit Anemia ini.
  
Tekanan Darah 

Pisang sangat kaya dengan kandungan Potassium dan kurang kandungan garamnya. Jadi, ia sangat membantu dalam masalah tekanan darah dan stroke. Jabatan Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat telah mengiktiraf bahawa Pisang memang membantu manusia dalam menangani masalah tekanan darah dan stroke.

Mencerdaskan Otak

Satu kajian yang dijalankan kepada seramai 200 orang pelajar di Twickenhem mendapati, Pisang telah membantu semua pelajar tersebut dalam mencerdaskan otak mereka. Sepanjang minggu peperiksaan, semua pelajar telah diberi makan pisang pada waktu makan pagi, tea break dan makan tengah hari. Hasil yang ditunjukkan adalah amat positif.

Penghadaman
Kandungan fiber yang tinggi di dalam Pisang membantu tubuh kita dalam proses penghadaman makanan.


Mabuk disebabkan minuman keras

Salah satu ubat yang paling mujarab yang sangat popular di dunia barat ialah banana milkshake.
Pisang di blender bersama dengan susu dan madu kemudian diminum. Ianya terbukti dapat mengurangkan mabuk alcohol.

Heartburn

Pisang juga mengandungi satu unsur semulajadi yang dapat meneutralkan kandungan asid di dalam badan kita. Jadi, jika sesiapa yang mengalami masalah heartburn, bolehlah amalkan memakan pisang.

Gigitan Nyamuk

Jika anda terkenan gigitan nyamuk, gunakan bahagian dalam kulit pisang untuk mengurangkan kegatalan dan kesan gigitan. Kini anda tak perlu lagi membazirkan wang untuk membeli krim penyembuh gigitan nyamuk. Gunakanlah kulit pisang. Ianya pasti berkesan.

* Nota : Pisang hanya berkesan untuk gigitan nyamuk sahaja. Ianya tidak berkesan untuk gigitan cinta…hehe.

Saraf

Pisang kaya dengan Vitamin B yang membantu dalam mengawal sistem saraf. Secara tak langsungnya mengawal mententeramkan mereka yang ada masalah gugup.

Ulser

Pisang adalah buah yang enak dan lemabut serta membuat tekstur yang senang dihadam. Selain itu ianya mempunyai sifat antacid atau peneutral kepada asid yang dapat mengurangkan tahap acid di dalam usus.

Pengawal suhu badan 

Pisang memang dikenali sebagai buah yang bersifat sejuk /”cooling” fruit. Jadi ia memang membantu kita dalam menurunkan suhu badan. Di Thailand, ramai wanita yang mengandung di sana mengamalkan makan Pisang sebagai cara untuk mengurangkan suhu badan dan memudahkan kelahiran.

Masalah perokok 

Oleh kerana pisang kaya dengan kandungan vitamin B6 & B12, Potassium dan Mangesium, ianya juga digunakan oleh perokok perokok tegar dalam membantu mereka mengurangkan tabiat merokok. Unsur seperti B6,B12 dan Potassium dapat mengurangkan kesan ketagihan nikotin.

Stress / Tekanan 

Potassium yang ada di dalam pisang adalah mineral asas yang dapat mengawal tahap kandungan air dan oksigen dalam darah. Ia dapat membantu mengawal penghantaran oksigen ke otak dan mengawal tahap metabolic dalam badan. Ini secara tak langsungnya membantu mereka yang mengalami masalah tekanan.


Strokes 

Satu kajian yang dijalankan oleh “The New England Journal of Medicine” membuktikan bahawa, Amalan memakan pisang dapat mengurangkan risiko sebanyak 40% daripada risiko mati disebabkan strokes.

Ketuat
Kulit pisang dapat mengubati kita daripada ketuat. Hanya tekapkan bahagian dalam kulit pisang kepada biji ketuat selama beberapa kali, InsyaAllah, lama kelamaan ianya akan hilang.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah pisang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.

[ AWAS : Walau pun pisang baik untuk kesihatan dan mampu membantu merawat sesetengah penyakit, ia tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis. Ini adalah disebabkan oleh kandungan gula di dalam pisang yang tinggi. Terdapat 25 gram gula dalam setiap 126 gram pisang (19.85%) ]